ASPEK KEBERKATAN BERI IMPAK DALAM PERNIAGAAN

KERJA BAKTI, KEBAJIKAN DAN KONSEP DERMAWAN MEMBERI MANFAAT KEPADA LEBIH RAMAI MASYARAKAT YANG KURANG BERNASIB BAIK

Kuala Lumpur, 29 Disember 2021: Imbal balik keuntungan dan konsep perkongsian kemakmuran (shared properity) melalui kerja amal dan kebajikan merupakan paksi utama kepada prinsip yan diamalkan oleh sebuah syarikat milikan penuh bumiputera, VFive Group.

Penerapan konsep itu boleh dilihat pada majlis jamuan makan malam tahunan VFive Group, di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur, yang turut mengundang pelbagai pertubuhan dan wakil yang turut menerima sumbangan dan menjadi rutin tahunan syarikat berkenaan.

Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, beliau percaya bahawa konsep “Keberkatan adalah penting dalam setiap apa yang dilakukan”.

Justeru itu, VFive Group meskipun sebagai entiti perniagaan dengan objektif keuntungan, namun pihak kami sentiasa meletakkan konsep “Keberkatan” dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

Di antara salah satu daripada 15 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) VFive Group yang disasarkan bagi tahun 2021 adalah memperkasakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan golongan yang kurang berkemampuan.

Penanda aras kejayaan VFive Group yang dicapai bagi tahun 2021 adalah dengan penubuhan sebuah organisasi di bawah naungannya, iaitu Yayasan VFive yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan memerlukan.

Penubuhan Yayasan VFive ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memantapkan dan menstrukturkan program membantu komuniti sekitar. pihak yang terjejas sumber pendapatan susulan pandemik COVID-19 dan mereka yang kurang bernasib baik.

Untuk makluman, antara program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berjaya dilaksanakan pihak VFive Group bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:

  • Sumbangan bayaran bil elektri dan bil air kepada masjid sekitar Ampang dan Pandan (keseluruhan
    6 buah masjid) secara bulanan
  • Sumbangan bayaran bil elektri dan bil air kepada 22 buah surau sekitar pandan secara bulanan
  • Sumbangan bayaran bil elekti, bil air dan sewaan kediaman kepada Maahad Tahfiz & Rumah
    Kebajikan
  • Sumbangan kepada Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin
  • Sumbangan Makanan (Nasi Lemak ) kepada Hospital Ampang, LRT sekitar Ampang dan Pandan,
    dan Balai Polis sekitar Ampang dan Pandan setiap bulan.
  • Sumbangan Gerobok Rezeki kepada 20 buah masjid, surau, sekolah, pusat kebajikan
  • Kembara Beras Amal 1000 Kampit sebulan
  • Sumbangan pada setiap lawatan umum ke Tahfiz:sepanjang 2021
  • Sedekah jariah (Masjidil Haram, Pusat Zakat Malaysia dan Habib Alwi, Indonesia )
  • Sumbangan Ternakan Korban Raya Aidil Adha (50 Lembu dan 50 kambing)
  • Bakul Makanan Yayasan VFive (Msyarakat Cina)
  • Bakul Makanan Yayasan VFive (Masyarakat India)
  • Hamper perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali)
  • Kelas Mengaji percuma (Surau Al-Ikhlas, Taman Dagang)
  • Kelas Mengaji percuma (Surau Ikhwaniah, Kg Pandan Dalam)
  • Sumbangan Ramadhan (Bubur Lambuk & Kurma)
  • Sumbangan peralatan sekolah dan program gunting rambut percuma (25 buah Tabika)
  • Sumbangan jersi kepada 4 sekolah dan 4 pasukan bola sepak sekitar Pandan

Dalam pada itu, pihak VFive Group melalui Yayasan VFive telah merancang pelbagai usaha dan strategi untuk membantu masyarakat sekitar pada tahun 2022.

Sebagai sebuah syarikat yang meletakkan kepentingan kebajikan, VFive turut menjalankan pelbagai inisiatif antaranya liputan kesihatan, bantuan persekolahan anak-anak dan bantuan kilat bencana kepada kakitangan VFive.

Untuk tahun 2022, pihak VFive Group meletakkan sasaran bagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah seperti berikut:

  • Sasaran perbelanjaan keseluruhan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi tahun 2022
    berjumlah sebanyak RM8 juta
  • Meningkatkan jumlah program kebajikan
  • Mempermudah dan melancarkan agihan perbelanjaan untuk semua Masjid, Surau dan Pusat
    Tahfiz di seluruh Kawasan Ampang dan Pandan
  • Meningkatkan bantuan kepada 2,000 kampit beras sempena program Yayasan VFive “Kembara
    Beras”
  • Meningkatkan sumbangan sempena program “Gerobok Rezeki” kepada 20 lokasi meilbatkan
    Masjid dan Surau di seluruh Kawasan Ampang dan Pandan
  • Menambah jumlah sumbangan makanan percuma kepada “Barisan Hadapan” pada setiap hari
    Jumaat
  • Menambah “Sumbangan Nasi Lemak” kepada 10,000 bungkusan di Masjid, Surau, LRT dan
    kepada petugas “Barisan Hadapan” di seluruh kawasan Ampang dan Pandan
  • Melaksanakan pembinaan “Masjid VFive” pada tahun 2022
  • Menubuhkan “VFive Groceries Mart” pada tahun 2022
  • Melancarkan rangkaian televisyen “Yayasan VFive” melalui kerjasama RTM, TV3 dan ASTRO
    pada tahun 2022.

    https://www.astroawani.com/berita-bisnes/aspek-keberkatan-beri-impak-dalam-perniagaan-339381