VFIVE GROUP DIIKTIRAF SYARIKAT TERBAIK ANUGERAH KATEGORI CSR
KUALA LUMPUR: Organisasi milikan penuh Bumiputera, VFive Group menerima anugerah kategori Best in CSR sempena majlis Star Outstanding Business Awards (SOBA 2023) yang dianjurkan baru-baru ini.
Pengiktirafan tersebut diterima atas kemampanan inisiatif meningkatkan sosioekonomi komuniti melalui pendidikan dan program kemasyarakatan yang dijalankan sepanjang tahun bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasasnya, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, anugerah itu merupakan satu pencapaian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dan diharap menjadi penanda aras untuk terus membantu lebih ramai kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
“Pengiktirafan ini adalah selari dengan prinsip syarikat yang menerapkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan,” ujarnya.
Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Majlis Gala SOBA 2023 bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya.
Ujar Datuk Mohd Syafiq Abdullah, di sepanjang tahun 2023 VFive Group menerusi pertubuhan kebajikannya, Yayasan VFive telah memperuntukkan sebanyak RM25 bagi melaksanakan inisiatifinisiatif dan juga program kebajikan kepada masyarakat.
Antaranya termasuklah bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam, program Kembara Beras Amal, Berkat Jumaat, Gerobok Rezeki, Sumbangan Bakul Makanan, serta pelbagai lagi program pembangunan modal insan.
“Kami akan sentiasa meningkatkan komitmen serta menggandakan usaha dalam membantu masyarakat yang memerlukan melalui tunjang pendidikan, sosial serta kebajikan,” katanya. “VFive Group mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” tambahnya lagi.
Sebanyak 122 anugerah kecemerlangan disampaikan merangkumi pelbagai kategori pada majlis tersebut yang dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama CelcomDigi Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, PKT Logistics Group Sdn Bhd dan juga RHB Bank Berhad sebagai penaja utama serta Matrade sebagai rakan promosi perdagangan rasmi.
0 comments
Write a comment